Saturday, August 29, 2009

Hikmah amal surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah mengandungi pelbagai hikmah dan fadilat jika diamalkan dengan yakin dan disertakan dengan amal ibadat seperti yang diperintahkan oleh Allah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud; "Pahala membaca Fatihah seolah-olah sama membaca sepertiga al-Quran." Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud; "Fatihah itu adalah pembukaan maksud bagi orang mukmin."
Berdasarkan dua hadis ini jelas menunjukkan kepentingan Fatihah dan Islam juga menggariskan beberapa fadilat atau kepentingan surah berkenaan bagi kepentingan manusia sendiri.
Diantaranya;
  • Bagi yang mengamalkan bacaan Fatihan sebanyak 125 kali selepas selesai solat subuh dan disertakan doa yang maksudnya; " Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya,supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, samada urusan dunia atau akhirat supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku."
  • Membaca surah al-fatihah pada waktu tengah malam sebanyak 41 kali, maka Allah akan membukakan segala pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan tanpa kepayahan dan kesulitan.
  • Sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardhu,
    Allah akan meluaskan rezeki, memperbaiki akhlak, mempermudahkan urusan dan menghilangkan kesusahan.
Lebih elok jika disertakan dengan doa yang maksudnya; "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya supaya Engkau bukakan bagiku segala pintu-pintu rahmat-Mu, kurnia-MU dan juga rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah." Sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu, aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya."

No comments:

Post a Comment