Saturday, August 29, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera, mohon jasa baik kepada siapa-siapa yang sudi berkunjung ke laman blog ini supaya berikan komen anda dalam ruang post ini.... sekian harap dapat kerjasama...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!... 52 tahun yang lalu, laungan keramat ini bergema menandakan pengiktirafan sebuah bangsa Malaysia yang berdaulat. Laungan keramat ini juga, telah memberikan keharmonian kepada semua kaum yang mendiami bumi Malaysia ini, dari Perlis hinggalah ke Sabah keharmonian dikecapi bersama. Oleh yang demikian, jangan biarkan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab merosakkan keharmonian ini, kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali. Kita adalah bangsa Malaysia yang telah matang menilai segala yang baik dan buruk. Peliharalah keharmonian ini untuk terus diwarisi oleh anak cucu kita dan generasi yang seterusnya.

Hikmah amal surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah mengandungi pelbagai hikmah dan fadilat jika diamalkan dengan yakin dan disertakan dengan amal ibadat seperti yang diperintahkan oleh Allah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud; "Pahala membaca Fatihah seolah-olah sama membaca sepertiga al-Quran." Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud; "Fatihah itu adalah pembukaan maksud bagi orang mukmin."
Berdasarkan dua hadis ini jelas menunjukkan kepentingan Fatihah dan Islam juga menggariskan beberapa fadilat atau kepentingan surah berkenaan bagi kepentingan manusia sendiri.
Diantaranya;
  • Bagi yang mengamalkan bacaan Fatihan sebanyak 125 kali selepas selesai solat subuh dan disertakan doa yang maksudnya; " Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya,supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, samada urusan dunia atau akhirat supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku."
  • Membaca surah al-fatihah pada waktu tengah malam sebanyak 41 kali, maka Allah akan membukakan segala pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan tanpa kepayahan dan kesulitan.
  • Sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardhu,
    Allah akan meluaskan rezeki, memperbaiki akhlak, mempermudahkan urusan dan menghilangkan kesusahan.
Lebih elok jika disertakan dengan doa yang maksudnya; "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya supaya Engkau bukakan bagiku segala pintu-pintu rahmat-Mu, kurnia-MU dan juga rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah." Sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu, aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya."

Thursday, August 27, 2009

MERDEKA!


Bersama dengan beberapa orang rakan sejawat dan murid SKPP II sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Tuesday, August 25, 2009

Kelurga Saya


Ini adalah keluarga saya,isteri Pn.Murni Masrin dan dua orang putera tersayang Mohd.Ikhwan ( sulung ) dan Mohd.Azamuddin ( bongsu setakat ini...)

Pengenalan

Salam perkenalan kepada semua blogger,ribuan terima kasih diucapkan diatas kesudian anda melawat laman maya ini yang tidak seberapa,juga dipohonkan sebarang komen yang membina berkaitan blog ini kerana tuan empunya blog ini adalah diibaratkan anak yang baru bertatih dalam dunia blogger ini. Diingatkan juga kepada semua blogger yang berkunjung dalam blog ini,bahawa apa juga pernyataan yang dipaparkan oleh yang empunya blog adalah semata-mata pandangan peribadi sendiri yang mana tidak mengaitkan mana-mana pihak. Dari yang empunya blog sekiranya ada penyataan-penyataan yang menyinggung mana-mana pihak empunya blog mohon ribuan kemaafan... " Terima kasih daun keladi jikalau sudi berkunjunglah lagi."